Penglibatan dan kerjaya seni Udo_Omar

Udo Umar dikatakan rapat dengan seniman P. Ramlee dan sering berlakon dalam filem terbitan Malay Film Productions Ltd. (MFP) arahan P. Ramlee seperti filem Penarek Becha, Hang Tuah, Nujum Pak Belalang dan Tiga Abdul.

Beliau turut berlakon dalam banyak filem sezaman dengan P. Ramlee. Udo Umar bekas pelakun MFP meninggal dunia pada Februari 1980.[2]

Dia paling dikenali dengan watak Haji Bakhil atau `tagline' "sekali aku lesing, baru kau tau.." dalam filem Labu Labi. Walaupun hanya sering diberi watak pembantu tapi lakonannya menonjol dan dianggap sebagai pelakon serba-boleh kerana mampu untuk membawa pelbagai watak seperti inspektor polis, penghulu, orang kampung, raja atau sultan. Beliau juga adalah antara pelakon kesukaan P Ramlee dan banyak terbabit dalam filem arahannya seperti Penarek Becha, Hang Tuah, Nujum Pak Belalang dan Tiga Abdul.[3]

Berkaitan